image

Soalan Lazim

Korban

Apakah maksud ibadah Korban?

Binatang ternakan yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala pada Hari Raya Haji dan 3 Hari Tasyri'.

Berapakah umur binatang yang sah dijadikan korban?

Secara ringkasnya, disenaraikan binatang korban dan umurnya seperti berikut:

 

Unta 5 tahun, Lembu 2 tahun, Kerbau 2 tahun, Kambing 2 tahun dan Biri-biri setahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

Apakah hukum ibadah Korban?

Sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut).

Apakah fadhilat melaksanakan ibadah korban?

  • Penebus dosa kecuali dosa besar.
  • Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban.
  • Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta'ala.
  • Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana'ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong.
  • Penyembuh penyakit rohani, fizikal, mental dan sosial.

Siapakah yang dikatakan orang yang mampu melakukan ibadah korban?

Orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang korban daripada keperluannya dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya dan hari-hari Tasyri‘.

Apakah hukum orang mampu tetapi tidak mahu melaksanakan ibadah korban?

Makruh (tidak berdosa tetapi tidak disukai oleh Allah Ta‘ala).

Bolehkah seekor binatang dikongsi oleh 2 atau lebih mudhahhi (orang yang berkorban)?

  • Kambing untuk seorang sahaja.
  • Unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi oleh 7 orang walaupun berlainan niat.

Bolehkah melakukan ibadah Korban di negeri lain?

Boleh.

Apakah hukum memindah daging korban ke negeri lain?

Haram jika daging yang dipindah:

  • korban wajib
  • bahagian fakir miskin. 
  •  
  • Boleh jika daging:
  • bahagian orang kaya
  • bahagian mudhahhi.

Bagaimanakah cara pembahagian daging korban sunat?

Harus dibahagikan kepada 3 bahagian:

  • 1/3 fakir miskin,
  • 1/3 Orang kaya
  • 1/3 mudhahhi
  •  

Tetapi yang afdhal disedekahkan kesemuanya dan memakannya sedikit sahaja (hati).

Adakah wajib disedekahkan daging korban sunat kepada fakir miskin?

Wajib disedekahkan sebahagiannya.

Apakah perkara yang diharuskan bagi penerima yang bukan fakir miskin terhadap daging korban?

  • Memakannya.
  • Menyedekahkannya dalam keadaan mentah kepada fakir miskin yangIslam.
  • Menjamu orang Islam (kaya atau fakir miskin).

Adakah wajib berniat korban?

Wajib.

Bilakah waktu berniat korban?

  • Ketika menyembelih.
  • Harus juga sebelum menyembelih asalkan ditentukan binatang korbannya dan setelah masuk waktu berkorban.

Bagaimanakah lafaz niat ibadah Korban?

“Sahaja aku melakukan korban sunat/ wajib/ nazar”

Adakah boleh berwakil kepada wakil kedua untuk melaksanakan ibadah Korban dan bagaimana cara berwakil?

  • Boleh.
  • Mudhahhi  berkata kepada wakilnya:   “Saya berwakil kepada tuan untuk menguruskan pembelian dan penyembelihan korban sunat/wajib/nazar saya”.

Adakah boleh wakil berwakil lagi kepada wakil kedua dan bagaimana caranya?

  • Boleh.
  • Wakil mudahhi berlafaz kepada wakil kedua:“Saya diwakilkan oleh…….untuk mewakilkan tuan menguruskan penyembelihan korban sunat/wajib/nazar nya”.

Adakah boleh binatang yang ada aib dijadikan korban?

Binatang Korban                 Tidak sah bagi aib seperti berikut:                                                                           Sah bagi aib seperti berikut:

 

Unta

 

Lembu

 

Kerbau

 

Kambing

 

Kibasy

 

  • Tiada bertelinga atau yang terpotong telinganya walaupun sedikit.                                  
  • Terpotong ekornya atau lidahnya.
  • Binatang yang kurus yang menjadi kurang dagingnya.
  • Berkudis walaupun sedikit kerana binasa dagingnya.
  • Buta sebelah matanya dan butanya itu nyata.
  • Buta kedua belah matanya.
  • Sangat tempang.
  • Sedang bunting.
  • Tidak bertanduk.
  • Patah tanduknya.
  • Terbelah telinganya.
  • Berlubang telinganya tetapi tidak hilang dagingnya.
  • Tidak berekor sejak dilahirkan.
  • Tanggal sebahagian daripada giginya.
  • Tidak mempunyai zakar.
  • Binatang yang dikebiri.

Ikhlas

Di manakah tempat pelaksanaan korban?

IKHLAS menerusi rakan kongsi perlaksanaannya melaksanakan ibadah korban di Malaysia dan di luar negara. Antara negara pelaksanaan ialah di (ASIA) Kemboja, Thailand, Vietnam, Filipina, Bangladesh, India, Indonesia, (AFRIKA) Mali, Chad, Kenya, Somalia, Tanzania dan termasuk juga di beberapa buah Kem Pelarian seperti Rohingya (Sempadan Myanmar- Bangladesh) & Dadaab (Somalia-Kenya).

Apakah cara bagi mengenal pasti kesahihan korban menerusi IKHLAS?

IKHLAS telah berkerjasama dengan rakan-rakan kongsi perlaksanaan yang berpengalaman melebihi 10 tahun dalam menguruskan pelaksanaan ibadah korban dan akikah di luar negara dan juga telah banyak bekerjasama dengan institusi pendidikan, syarikat korporat, badan-badan NGO dan sebagainya. IKHLAS dimiliki dan dioperasikan oleh Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Travel360 Sdn Bhd); No. Pendaftaran: 201801010997 (1273013-P), sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh AirAsia dan berpejabat di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Haiwan korban jantan atau betina?

Kedua-duanya. Tambahan: Jantina haiwan bukanlah menjadi syarat sama ada korban itu sah atau tidak.

Berapa berat (saiz) haiwan korban? Dan berapa had umur haiwan sembelihan korban?

Saiz haiwan korban mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh dikorbankan iaitu:
- Cukup umur (Unta: 5 tahun; Lembu, kerbau & kambing: 2 tahun; Biri-biri: setahun & dah bersalin gigi)
- Tidak cacat & tidak berpenyakit
Tambahan: Sebaik-baik haiwan korban itu yang paling banyak dagingnya, tapi berat & besar bukan asbab menjadikan korban itu tidak sah.

Mengapa harga korban di IKHLAS lebih murah?

KHLAS ingin menggalakkan penyertaan ibadah korban sebanyak mungkin dengan menawarkan harga mampu bayar. Menerusi rakan kongsi perlaksanaan kami, haiwan ternakan dibeli dari negara-negara penternak lembu dan kambing. Dan kebiasaanya pembelian dibuat secara terus dari penternak dan akan berlaku penawaran jika dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Boleh tak minta gambar sembelihan korban?

Kami tidak menyediakan perkhidmatan gambar sembelihan korban secara individu atas faktor kuantiti haiwan korban yang banyak dan tempoh pelaksanaan korban yang terhad.

Bagaimana/Siapakah yang urus dan memantau proses sembelihan korban di luar negara dalam tempoh COVID-19 ini?

Kami telah berhubung dengan wakil perlaksanaan di luar negara dan mereka memberi maklumbalas bahawa di sana masih boleh melakukan sembelihan korban tetapi dengan jumlah haiwan yang terhad dan harus mematuhi SOP. Untuk makluman, pada tahun ini semua urusan pembelian lembu, sembelihan, agihan dan laporan diuruskan 100% oleh wakil kami yang berada di luar negara dengan pemantauan penuh dari jarak jauh oleh pihak IKHLAS dan rakan perlaksanaannya.

Daging korban dimasak dahulu atau diagihkan mentah?

Kebiasaannya daging korban akan diagihkan secara mentah. Jika ada keperluan untuk menganjurkan sesuatu program, maka sebahagian daging tersebut akan dimasak.

Bolehkah dipilih negara perlaksanaan?

Peserta tidak digalakkan memilih negara pelaksanaan. Setiap pendaftaran akan masuk ke dalam sistem dan negara pelaksanaan akan ditentukan oleh pihak pengurusan mengikut keperluan setiap negara.

Bilakah sijil korban akan diterima oleh peserta?

Sijil korban sedia untuk di muat turun dari https://qurban.ikhlas.com/status/ dalam masa satu hingga ke dua bulan selepas selesai pelaksanaan ibadah korban. Tempoh tersebut adalah tempoh proses untuk melengkapkan segala laporan pelaksanaan ibadah korban yang diterima daripada 30 buah negara pelaksanaan.

Adakah memadai akad melalui borang sahaja?

Ya, memadai. Yang penting adalah niat dan transaksi yang berlaku, dan akad melalui bacaan boleh didapati di borang pendaftaran dalam talian.

Apakah IKHLAS?

IKHLAS, adalah satu cabang perniagaan baru di bawah Airasia.com, bertujuan untuk menyokong komuniti Muslim di seluruh dunia dengan memberikan akses tanpa had untuk amalan berasaskan kepercayaan. Ini termasuk ibadat Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup yang patuh Syariah.

Adakah IKHLAS sebuah perniagaan yang sah?

Ya! IKHLAS dimiliki dan dioperasikan oleh Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Travel360 Sdn Bhd); No. Pendaftaran: 201801010997 (1273013-P), sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh AirAsia dan berpejabat di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Bagaimana untuk menghubungi pihak IKHLAS?

Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di support@ikhlas.com atau menerusi Live Chat di laman web kami (ikhlas.com/qurban). Waktu perniagaan kami adalah dari 9:00pg – 5:00ptg, Isnin – Ahad.

Pertanyaan mengenai produk AirAsia, penerbangan & servis lain.

Sebarang pertanyaan mengenai AirAsia, penerbangan atau servis AirAsia yang lain boleh dibuat di https://support.airasia. com/s/?language=ms

Bagaimana cara menghubungi pihak IKHLAS untuk bekerjasama?

Mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan IKHLAS boleh menghubungi kami melalui e-mel di sales@ikhlas.com